"Kalu kita sukakan seseorg, jgn beritahu si dia. Nanti ALLAH kurangkan rasa cinta padanya dan ALLAH takkan bagi.Tapi luahkan pada ALLAH, beritahu ALLAH. ALLLAH mahu tahu jodoh kita siapa.Dan siapa dia, siapa kita"

Sunday, December 11, 2011

Resepi Ikan Sambal Nyonya Style



Salam.... ari nie tetiba nak tulis resepi... resepi nie dicelop dr MyResepi
nak try....entah sedap ke tak....kita cuba ok

RESEPI

Ikan Sambal Nyonya Style

Bahan-bahan( 2 org)

ikan siakap,kembung,bawal yang telah digoreng
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm halia muda
2 sudu teh belacan
3 biji tomato buah
1 btg serai
1 sudu asam jawa
4 biji limau kasturi
5 sudu makan cili kisar
2 helai daun limau purut
garam
gula
5 tangkai cili merah
1 senduk minyak masak
1/4 cawan air

Cara-cara

1. kisar 1 biji bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia muda, belacan, tomato buah, cili kisar dan cili merah

2. hiris 1 biji bawang besar dan titik serai

3. panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah dikisar bersama serai yang telah diketuk hingga kering

4. bancuh air bersama asam jawa dan masukkan ke dalam bahan yang telah ditumis

5. masukkan ikan goreng, bawang yang telah dihiris , garam & gula . Masak hingga bawang layu

6. padamkan api. masukkan daun limau purut dan perahkan limau kasturi

7. akhir sekali hidang dgn nasi panas.....

NYUM3..... jom cuba...

p/s : harap2 menjadi... (O.<)

No comments: