"Kalu kita sukakan seseorg, jgn beritahu si dia. Nanti ALLAH kurangkan rasa cinta padanya dan ALLAH takkan bagi.Tapi luahkan pada ALLAH, beritahu ALLAH. ALLLAH mahu tahu jodoh kita siapa.Dan siapa dia, siapa kita"

Wednesday, February 16, 2011

MAAFLAH YA!!!!

Anda telah menyakiti hati seseorang? Ego menguasai diri untuk minta maaf padanya tetapi anda tetap diburu rasa bersalah. Ucapan maaf tidak semestinya melalui kata-kata secara berhadapan dengan orang tersebut. Anda bole menulis atau melukis untuknya. Berterus- terang saja padanya tanpa perlu menyusun kata-kata puitis. Akui salah anda dan mohon maaf seikhlas mungkin. Kalaulah anda bukan pelukis yang baik, lakarkan saja wajah orangg bersedih dengan ucapan maaf. Jika anda idak bijak menyusun kata, tulislah seringkas mungkin. Paling penting, ucapan "Maafkan saya" perlu ada! Sedikit sebanyak, pasti saja si penerima akan tersenyum dan memulakan harinya dengan semangat.
CUBALAH!!!!!!!!!!!!

Tuesday, February 15, 2011

spa di rumah

rasa lega ble dpt mandi...
siap wat lulur lagi...
asal nye nak wat bedak sejuk...

beras tu rendam dlm 3 ari 3mlm....sajer je...nk bg lembut...senang nak hancur sikit
org dulu giling bg hancur...sbb gilang tak der...kita blender lah smpi hancur...
dah tu aper lg kita lumur kan badan sambil2 tu gosok sikit...bg daki tu kuar...
kita nie kekadang lupa...daki makin lama makin tebal...(cuba gosok kulit tu...mesti kuar daki kan)
jgn lupa jgk muka...

org dulu2 tu ajer yg dia guna...aper yg bole dpt kat dpt....tp bkn selalu lah diaorg wat...
tp kulit org2 dulu mmg lembut, licin , gebu...

ble dah lumur tu...tunggu kering dah bole mandi...rasa nyer instant...lembut gitu..hehehe...
tak yah bazir g kat spa....(aku nie pulus tak der..kalu ada dah g kot....tp tak minat)

kalu rajin wat lah 1minggu 1kali ye...............

selamat mencuba.... @--;---

Sunday, February 13, 2011

Makan untuk Keperluan Kulit

Wajah Anda PUCAT?

Lebihkan pengambilan zat besi, protein, iodin, kalsum, tembaga (copper), kobalt dan vitamin B. Antara makanan yang disyorkan ialah kuning telur, keju, ayam , ikan , nasi , kentang, kekacang, bijirin dan pisang....

Wajah Anda BERJERAWAT?

Tingkatkan pengambilan daging tanpa lemak, hasil tensusu, lobak merah, aproikot, bayam dan brokoli. Semua ini adalah sumber zink terbaik yang menghasilkan kolagen dan elastin demi meningkatkan keanjalan dan kecantikan kulit.

Wajah Anda BERMINYAK?

Anda nampaknya kekurangan *riboflavin. Selain mencuci wajah dengan pencuci bebas minyak dan mengamalkan suplemen tertentu, lebihkan pengambilan buah badam, soya, susu rendah lemak dan telur. Ia mampu menghalang pengumpulan minyak di bawah lapisan kulit.

Wajah Anda KERING dan MENGELUPAS?

Lebihkan pengambilan vitamin E dan A. Begitu juga dengan pengambilan susu rendah lemak, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang. Vitamin A meningkatkan keanjalan tisu kulit manakala vitamin E yang kaya dengan antioksidan membantu mengurangkan masalah kedutan.

* Riboflavin :Riboflavin terkenal visual sebagai vitamin yang menanamkan warna oren untukpersiapan B-vitamin padat, warna kuning untuk penyelesaian suplemen vitamin, danwarna kuning yang tidak biasa fluoresen ke urin orang-orang yang suplemen dengandosis tinggi persiapan B-kompleks (ada vitamin lain menanamkan setiap warna urin).

petikan dr majalah rapi...

Saturday, February 12, 2011

emo

aku tak tahu nape aku jadi macam...
berkesan siot emo dia kat aku
start dia marah aku kelmarin
sampai ke ari nie...mood aku terus hilang
ke aku nak 'datang' dah nie

mcm2 betul dlm hidup nie
kekdg tak tahu aper yg akan jadi
bila fikir balik...benda yg sama akan berulang....
again and again...........

selalu beringat...tak selalu kat atas dan tak selalu kat bawah....spinning until it stop....
sampai mati....sampai Malaikat Ajal menjemput.....

Friday, February 11, 2011

mercun...

adusss..............bunyi mercun...bunga api ..........sakit telinga...
tahun nie meriah plak.....
tahun2 sudah tak lah mcm nie....
gempak...
tp tolong lah...pg nnt nak keja nie...
tolong lah hormat org lain......

Thursday, February 10, 2011

solat bersama

ari nie...time solat magrib...sembahayang bersama dgn abg....
kira dah lama jgk tak bersolat bersama....
rasa aman damai :)
kena amalkan selalu...insyallah hubungan kekal...

..................................

1 murid 1 sukan

ari nie ada pelancaran program 1 murid 1 sukan kat sekolah
semua budak2 pakai baju sukan or PJK..(hampir semua kot)
aktiviti aper agak nyer dia org wat nnt...
nak join pn keadaan tak mengizikan...kepala sakit lg...

so ari nie mungkin diaorg langsung tak belajar....
tgk skrg nie pun mcm tak tentu hala tuju je diaorg..
ada kelas juga rupa nyer....caiyok!!!!

nnt kita smbg lg....

Tuesday, February 8, 2011

SEKILAS..........CANTIK

  • PASTIKAN anda amalkan rutin menyegar dan melembap sebelum proses solekan dimulakan. Sebaiknya pelembap diratakan ke seluruh wajah 20 minit sebelum solekan dimulakan.
  • APABILA mecalitkan bedak asas pada wajah, pastikan anda menggunakan asas yang lebih cerah tonanya di seluruh Zon-T.
  • BAGI MEREKA YANG BERKULIT GELAP atau sawo matang, hati-hati bermain dengan warna pembayang mata dan pipi. Bagi mewujudkan refleksi cerah pada wajah, bermainlah dgn warna jingga.
  • JIKA WAJAH anda kelihatan berminyak selepas bersolek, ini bermakna bedak asas yang anda pilih tidak bersesuaian dengan kulit wajah anda.
  • CELAK ATAU PENSIL MATA juga penting untuk membentuk mata yang lebih bulat dan galak. Selain hitam, mata akan kelihatan lebih daring dengan warna garang dan klasik seperti coklat dan jingga.
  • PASTIKAN anda menggunakan pembayang mata warna dasar yang lembut seperti warna krim. Mainan warna-warna gelap dan garang pula lebih sesuai dilakukan di bahagian atas kelopak mata.
  • SEBELUM MEMILIH PEMBAYANG MATA, oleskan ia ke bahagian belakang telapak tangan kanan. Ia kerana warna kulit di sekitar bahagian tersebut adalah paling hampir dengan warna kulit di kelopak bahagian mata.
  • SOLEKAN MATA tidak akan lengkap tanpa maskara. Bagi mendapatkan lentikan bulu mata, anda dinasihatkan mengggunakan 'eye curler' terlebih dahulu.
  • BIBIR akan kelihatan lebih padat dan seksi jika penggaris bibir digunakan bagi melukis bentuk bibir.
  • JIKA ANDA IMPIKAN BENTUK BIBIR YANG SEKSI dan lembut, gunakan penggaris bibir dari warna lebih lembut dari gincu anda.
  • JIKA KULIT WAJAH ANDA dari jenis yang berminyak, elak menggunakan alat solek berasaskan minyak atau krim. Pilih alat solek dari jenis 'water base foundation' yang dibalas dengan 'pressed powder' dan bedak debu.
  • JANGAN SESEKALI memadankan warna solekan dengan warna baju. Pilihlah warna solekan yang bersesuaian dengan warna kulit anda.
  • SEBELUM GINCU DIOLES PADA BIBIR ANDA, pastikan anda menyapu pelembap bibir untuk mengelak bibir dari kering.
  • SEBELUM TIDUR, gunakan pelembap yang mengandung AHA (alpha Hidroxy Acid) serta enzim 'Super Superoxide Dismutase'.Pelembap ini berfungsi untuk melindungi kulit dari'dehidrasi'sekaligus menghaluskanya.
petikan dari MAJALAH RAPI 2010

INGIN KURUS - 12 jenis slimming food


Mudahnya berdiet jika kenal makanan yang mampu membantu anda mencapai matlamat itu..........


1.Buah-buahan dalam kategori 'melons'
  • semua buah-buahan dalam kategori ini adalah seperti tembikai, tembikai kuning dan tembikai susu adalah di antara buah yang sesuai dimakan sewaktu cuaca panas. Selain baik untuk diet kerana kaya serat ,buah ini juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Ia membantu membuatkan anda terasa segar dan membantu kulit sentiasa lembap. Kandungan vitaminnya yang pelbagai juga baik untuk kecantikan kulit.
2.Oren
  • Buah Oren sangat tinggi kandungan vitamin C dan flavanoid yang membantu mempertingkatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Mulakan hari anda dengan segelas jus oren segar (tanpa tambahan gula) untuk khasiat yang diperlukan. Selain diminum dalam bentuk jus, anda juga boleh tambahkan hirisan oren ke dalam hidangan salad anda.
3. Pic
  • Buah Pic adalah buah yang sangat variasi kerana selain boleh dibuat jus ,ia juga boleh dinikmati sbg hidangan manisan atau dimakan segar. Anda jg bole memasukkan perahan pati pic ke dalam masakan ayam atau salad anda. Taburkan dengan herba kesukaan anda dan juga sedikit madu. Boleh dinikmati sebagai hidangan tengah hari.
4. Pir
  • Ia kaya dengan serat dan kandungan air, sesuai dijadikan hidangan harian mereka yang berdiet. Ini kerana selain membantu anda langsing, kandungan airnya juga baik untuk kelembapan kulit. Kandungan seratnya pula dapat memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama.
5. Buahan Beri
  • Beri biru, raspberi, dan strawberi adalah buah yang perluada jika anda sedang berdiet. Kesemuanya sangat tinggi kandungan antioksidan dan vitamin C yang akan membantu mempercepatkan penurunan berat badan seterusnya mencegah penuaan awal dan menghalang masalah kulit yang lain.
6. Kubis
  • Tahukan anda bahawa kubis adalah sayur yang paling efektif untuk membantu penurunan berat badan? Ini kerana ia mempunyai kandungan kalori yang sangat rendah tetapi tinggi serat. Serat membantu melancarkan sistem penghadaman. Justeru,jadikan kubis sebagai hidangan harian agar anda merasa kenyang tanpa penambahan kalori yang berlebihan.
7. Timun
  • Timun adalah sayuran segar rendah kalori yang paling mudah dinikmati saat berdiet. Ia juga mempunyai sifat 'penyejuk' yang baik untuk badan kala cuaca panas. Anda bole nikmatinya begitu sahaja sebagai ulam atau tambahkan ia bersama kekacang untuk dijadikan salad.
8. Lobak Merah
  • Lobak merah bole dijadikan sup, salad, jus ataupun manisan. Biasakan diri anda untuk menikmati semangkuk sup lobak merah sebelum hidangan utama bagi membantu menimbulkan rasa kenyang. Ia akan membantu anda mengurangkan jumlah pengambilan makanan dalam hidangan utama. Selain itu, lobak merah juga kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.
9. Brokoli
  • Brokoli mengandungi pelbagai jenis vitamin dan sangat tinggi kandungan vitamin K dan juga kalsium. Ia juga kaya dengan kandungan serat dan antioksidan. Kesemua nutrisi ini membantu tubuh dari terdedah kepada risiko bahan radikal bebas yang banyak terdapat di sekeliling kita.
10. Zucchini

  • Ia tergolong dalam kelompok sayuran seperti timun malah sangat rendah kandungan kalorinya. Pakar nutrisi menyatakan bahawa meskipun kalorinya rendah namun tubuh memerlukan kalori yang lebih untuk menghadamkan zucchini yang dimakan. Secara tidak langsung, ia membantu penurunan berat badan secara sihat.
11. Yogurt
  • Yogurt wajib anda jadikan snek ringan ketika berdiet. Makanan rendah kalori dan tinggi nutrisi ini sangat mengenyangkan jika dinikmati. Ia juga tinggi kandungan kalsium yang baik untuk tulang dan penurunan berat badan.
12. Jus Lemon
  • Dua gelas jus lemon segar bersama satu sudu kecil madu setiap awal pagi dan malam dapat membantu proses diet anda menjadi lebih efektif. Ia membantu membakar lemak serta membantu meremajakan kulit dari dalam

PETIKAN DARI MAJALAH RAPI 2010

Monday, February 7, 2011

Usher - OMG ft. will.i.am


OMG.....(hehehehe)

sakit kepala


aduh...aku menyampah bila kena sakit kepala...makin kerap kot sekrg nie
last week 2x kena...
nie kena lg...maybe tido lambat kot ...maybe jgk pasal tak makan kot....
maybe pasal minum coffee............tapi yg coffee tu jarang dah rasa nyer..

payah lah kalu dah sakit kepala nie..........ubat pun dah banyak sgt makan...............
bole tak nak makan ubat lg....
Oh Tuhan ble lah nak sembuh nie

cuti sabtu bersama

Hari Sabtu tu hajat di hati nak g Genting tp tak jadi sebab bas nak ke sana tgh ari baru ada...
sudah aku dgn cik abg terus membawa diri ke sunway...
singgah kat stesen minyak ... isi minyak dan terus basuh moto ...hehehe jauh tu g basuh moto
then kitaorg g sunway.... awal lagi tu...rasa baru kul 10 pagi org pun tak ramai lg pun
rasa ramai yg g ke sunway lagoon....aku yg duk kl nie sampai sekarg tak jejak lagi sunway lagoon tu
ble agaknyer bole mandi kat sana..............

kitaorg merayap sampai lah kat tmpt wayang.................terfikir nak tgk cite aper...
Abg kata HAQ tak best...aik ble masa plak abg aku nie g tgk nie...rupanya kengkawan dia dah g tgk...cite tu agak kaku sikit....Fikir punya fikir...kitaorg pilih YOGI BEAR kul 11.20 pg...tmpt duk kapel seat....

sudah abis tgk wayang...g main boling plak
lepaskan gian je....2 game...mula2 aku yg menang 2nd games abg plak yg menang...
ok lah saje je....nak isi masa...sementara nak ke petang....

lepas tu on the way balik singgah kejap MIDVALLEY...singgah makan lunch...
kitaorg makan pepperlunch....dua2 order yg sama...masa tgh tunggu order siap Ya Allah ramai nyer umat................
masa tgh tunggu tu jgk...ramai yg order pepperlunch tu...hehehe mmg sedap pun makan time panas2....start makan masa bulan pose thn lepas...kenyang makan tu je...

malam plak temankan abg tgk bola...fav team...arsenal ...tgk punya lah jauh....kat desa sri hartamas...tmpt keja aku....ikut je lah kan....
tu pun dah kul 10 lebih sampi kat sana...team dia berlawan kul 11...
sementara tu kita makan dulu...just bihun tomyam, nasi goreng cina dgn satay 10 cucuk....

team dia seri dgn NC...hehehe...dok bantai 4-01st half, 2nd half terus 4-4 tgk jer lah.............
balik terus tido lena.........

Friday, February 4, 2011

cuti

minggu depan cuti pjg...
tp isnin dgn rabu keja...
selasa ari wilayah cuti lah....
then sambung utk cuti raya cina

untuk sahabat2 cina...SELAMAT TAHUN BARU CINA....TAHUN ARNAB 2011

selamat bercuti pada semua yg bercuti

yg balik kmpg...dan sekrg nie kebanyakan tempat banjir terutama sekali johor, phg....
sedey jgk...depa raya mcm x raya....

mak metua kata kebun naik air...ramai plak g mandia kat sana...maklumlah dkt sungai...best lah...cuma air nye kotor..takut kena plak penyakit..........

harap semua nie cepat reda................