"Kalu kita sukakan seseorg, jgn beritahu si dia. Nanti ALLAH kurangkan rasa cinta padanya dan ALLAH takkan bagi.Tapi luahkan pada ALLAH, beritahu ALLAH. ALLLAH mahu tahu jodoh kita siapa.Dan siapa dia, siapa kita"

Thursday, January 27, 2011

dag dig dug


berdebar jantung ku....
hah...kali nie bedah jantung plak...
mata dah kan...jantung plak....
bahan2 : jantung lembu or kambing or ayam
nak tgk mcm maner sebenarnyer jantung tu berfungsi
kali nie tak bedah pun...tgk je... kalu mata tu mmg wat lah
bedah jantung lg senang kot dr mata or bedah katak/tikus
just cut......BUDAK2 kelas Biology yg wat nie...

nie jantung paling besar penah aku tgk...jantung lembu ke jantung seladang...
besar oooiiii....takut plak tgk nyer


ada jgk yg tersilap bawa....limpa.....hehehe




al-fatihah utk Arwah Nuruddin

Arwah Nuruddin


ari nie ada bad news tiba...
student form 5 meninggal akibat accident...
meninggal pg td...dalam kul 8 lebih
ayah dia ada kat sekolah pagi td...tak tahu lah sempat atau tak berjumpa dgn arwah

cuma tak sangka arwah pergi mcm tu
last week ....haaa.... marahkan dia sbb main paip...
ckp kat dia ...suka tak kalu ada org rosakkan brg dia...
muka dia masa tu selamba jgk....
dia hanya mengangguk dgn muka selamba dia tu....
dia just nakal bkn nyer jahat...

masa tu fikir balik...he still young dan tak faham lagi...so lupakan je lah
nak marah lelama tak guna jgk kan
sebelum2 tu ada jgk membebal dia masuk kelas sains lambat....ye lah kan budak lelaki kan....

then ble pagi nie dpt tahu arwah dah tak der...blur kejap...cuba nak refresh the mind...sape sebenarnye arwah....ye lah tak kenal nama but rupa kenal lah....
terasa dalam hati nie...mungkin budak yg aku marah last week tu...rupa nya mmg betul pun...
Arwah ada FB tp tak sempat nak add...yelah kan dia bukan rapat pun dgn aku....

tetiba rasa sebak kat ati nie dan rasa menyesal plak marah dia last week....
mmg tak suka pun....
ble tgk FB arwah....terasa sgt kasih sayang kengkawan arwah pada dia....
kita kekadang tak nmpk apa yg ada dalam hati sesorg....
kita lebih suka menilai sesorg dari luar nya sahaja
Aku yakin arwah seorg yg baik, perhatin, penuh kasih sayang terhadap keluarganya serta kengkawan......



Ya Allah,Kau tempatkan arwah kat tempat2 org yg soleh....Moga rohnyer dicucuri rahmat....
AL-FATIHAH.....



Tuesday, January 25, 2011

mata lembu doh!!!!!!!!!!!!!!



dah 2 ari bedah mata lembu....
bau tak hingat oiiii...
utk belajar tak per lah...berkorban jgk lah

masa mula2 dulu fikir jgk mcm mana nak bedah mata lembu nie....
yelah kan ....geli den....
naper lah ada tajuk mcm nie...fikir balik dulu mmg ada cuma tak der lah sampai benda mata tu...just teori je....amali tak der....
masa sekolah tu ambik sains tulin je....maner lah ader ambik biologi...tu yg ternganga kejap...
ble baca buku...tgk kat internet...AWAT cara tak sama????
maner nak ikut nie....so terpulang pada cikgu yg mengajar....

ada 2 cara ....1. potong kat atas retina mata ....cara silang
2. potong membulat ....

ikut cara mudah ye....jgn pening2 pala
yg penting bole je kuar kan aper yg patut kuar...
hahahaha....

tgk perangai budak2 yg br nak akil bahlig nie...pening pala
ye lah kan matang nyer tak sampai lg....(manja sgt)
(agaknyer aku pun dulu sama jgk kot)

tapi kira ok lah diaorg bole jugak bole belajar dgn aman kat sekolah....

esok lusa ada lagi nak kena bedah mata....so tunggu jelah....

Wednesday, January 19, 2011

morning

hahahha....

dah pagi rupanye.....ari nie keja esok cuti jumaat keja balik
tak ke haru kejap...keja cuti keja balik
esok cuti thaipussam....nak g maner yek...
cik abg tak cuti plak....dia cuti ari nie...
mmm...bosan jgk lah kan

ari sabtu keja, ganti sekolah utk raya cina....
budak2 sekolah...cuti seminggu raya cina nnt
mmg best budak2 sekolah nie
w/pun cuti...kena keja jgk...
serupa masa cuti sekolah....

ramai tanya kenapa keja jgk
mmm....jawapan nye...." saya nie staf bkn nyer cikgu "
kena keja jgk.....ye lah kan kebanyakan nye bdk2 sekolah nie kalu sapa ... "morning teacher or pagi cikgu or hi cikgu "
seteng je yg panggil " hi kak wan"

hehehe....aper2 pun x sabar nak cuti esok ye.............

HAPPY HOLIDAY!!!!!!!!!!

Monday, January 17, 2011

bekal

hehehe.....ari nie bawa bekal...tetiba je kan

sbb nyer 1. nasi banyak lebih semlm ...so goreng jelah
2. makanan kat kantin sekolah mahal dan tak sedap ( opss jgn marah org kantin)
3. saje2 je bawa bekal ari nie...save budget sikit

cik abg siap kata telur goreng tak der ke....(mcm dia plak yg nak bawa bekal tu)
jawapan yg paling senang...dah ada kat dalam nasi dah...malas nak byk2

sampai kt tmpt keja ...makan sikit takut lah kan basi ke ape ke (sebb goreng mlm td)
rasa nye ok je....

rasa lelama mcm pedas je...agaknya lada sulah byk sgt kot...

sblm tgh ari dah abis.... harap tak lapar sgt nnt....

Khurafat

hari jumaat lepas (14/1/2011) lepas ambik perfume kat Pertama terus g Pavillion....
sebenarnya tak tahu nak g mana pun....
masing2 boring....sudah nye tgk cite Khurafat..br je start tayang ari Khamis (13/1)
tgk thriller dia mmg best....mcm cite antu lama2....bg suspen je

start je tgk dr mula...tak rasa ape....just terbayang ooo...tengah iring jenazah ke kubur...
tp bila malam maner plak kenduri tahlil nyer... masa tgk itu ramai plak yg jadi pengarah nyer termasuk lah cik abg....mmg tak suka kalu ada yg asik menyampuk time tgk wayang atau pn cite2 yg ada kat tv....

asik terkejut jugak lah bila hantu asik muncul kat depan muka si syamsul...dgn bunyi patah tulang yg makin bg seram ....dgn makeup hantu tu mmg seramlah sgt2.....
ish...naseb baik malam tido tak mengigau...hehehe

sampai 1 part...br lah tahu aper sebenarnya berlaku....bukan salah Anna tp Johan sendiri
yelah....lelaki mmg pantang dicabar...cara mudah dan paling halus mereka boleh buat.....mmg perjanjian setan kalu dimungkiri makan diri....sbb setan dah berjanji smpi ke akhirat nnt dia akan sesatkan manusia....

selalu beringat...ALLAH sentiasa ada dgn kita...sentiasa melindungi setiap umat islam di bumi ini...
tp kita nie kekdg lupa yg DIA ada...

penyenggaraan mikroskop

PENYELENGGARAAN MIKROSKOP

Langkah-Langkah Memelihara Mikroskop:

1. Untuk tujuan pindah memindah, mikroskop haruslah diangkat atau dibawa dengan memegang lengan mikroskop dengan satu tangan dan meletakan satu tangan lagi di bawah mikroskop.

2. Hanya tisu kanta sahaja digunakan bagi tujuan pembersihan kanta-kanta mikroskop. Bahan-bahan lain seperti tisu ‘ Kleenex dan kain’, jika digunakan mungkin akan mencalarkan kanta dan juga meninggalkan serabut dan serbuk halus di atas kanta.

3. Tapak jari dilarang digunakan untuk mengelap sebarang kekotorang atau debu dari permukaan kanta. Perbuatan ini mungkin akan menyebabkan minyak atau gris ( yang terdapat di atas jari kita ) melekat di atas permukaan kanta tersebut dan seterusnya dan mengurangkan kualiti imej.

4. Setiap kali mikroskop digunakan, fokuskan spesimen dengan kanta objetif bermagnifikasi rendah ( 4x dan 10x ) dahulu sebelum menggunakan kanta objetif bermagnifikasi tinggi ( 40x dan 100x ). Jika kanta objektif 40x dan 100x digunakan, jangan menggunakan pemutar fokus kasar untuk tujuan pemfokusan. Perbuatan ini mungkin dengan tidak sengaja mengakibatkan kanta objektif ( 40x dan 100x ) menyentuk atau memecahkan sisip kaca slid. Selain dari kerosakkan pada spesismen, kerosakkan pada kanta objektif juga boleh berlaku.

5. Jangan menggunakan sebarang mminyak rendaman terlekat pada permukaan kanta objektif. Ini akan menhasilkan imej yang kabur. Jika minyak itu menjadi kering di atas kanta objektif, ia sangat susah untuk di hilangkan melaiankan dengan mengguanakan xylene.

6. Pastiakan pentas mikroskop sentiasa dalam keadaan bersih. Jika terdapat sebarang tumpahan di atas pentas,perlulah di bersihkan dengan segera. Tumpahan-tumpahan seperti canada Balsam, dan menyak rendaman perlulah dibersihkan dengan segera supaya tidak menjadi kering di atsa pentas. Xyelene boleh digunakan untuk tujuan pembersihan bahan- bahan ini.

7. Jangan biarkan lubang kanta objektif atau tiub kanta mata dalam keadaan terbuka. Langkah ini adalah untuk tujuan mengelakkan dari debu dan lain-lain kekotoran masuk ke dalam mikroskop. Jika keadan tertutup sentiasa di jaga, bahagian kanta di sebelah dalam mikroskop tidak perlu pembersihan. Sekiranya lubang pemasangan objektif itu lebih dari bilangan objektif yang ada, lubang -2 yang terdedah itu perlu ditutup dengan penutup plastik yang selalaunya dibekalkan bersama-sama dengan mikroskop.

8. Selepas digunakan mikroskop haruslah di simpan di dalam peti atau almari yang di buat khas untuk mikroskop. Langkah ini ialah untuk memastikan kanta-kanta dan cermin-cermin tidak di selaputi debu dan kekotoran. Jika tidak ada tempat tertutup, sekurang-kurangnya mikroskop itu ditutup dengan penutup plastik dengan kemas.

Penbersihan Kanta-Kanta

Bahan yang di perlukan:

a) Kertas tisu kanta

b) Alat peniup ( seperti yang digunakan untuk kamera )

c) Berus lukisan yang lembut dan bersih.

d) Pelarut:

i) Xylene

ii) 7:3 ( eter : alkohol ) atau

iii) 1-3% LOC dalam air/ ( dan diikuti dengan pembersihan menggunakan alkohol muklat sebanyak 3 kali.

iv) Kayu nipis yang lembut ( berbentuk lidi ) ( sila lihat gambarajah )

* Gunakan berus lukisan dan alat peniup untuk menanggalkan debu pada permukaan kanta .

* Sediakan tisu kanta dengan membalutkan kertas tisu itu pada kayu nipis yang lembut tadi.

* Bernafaslah ke dalam kanta supaya terdapat wap air diatas permukaan kanta.

* Kemudian lapkan kantan dengan tisu kanta yang disediakan tadi. Mulakan gerakan mengelap dari pusat(tengah) kanta dan semakin keluar(seperti bulatan yang semakin membesar)

* Tiupkan( dengan alat peniup) ke atas permukaan kanta beberapa kali untuk menanggalkan sebarang serabut tisu di aatas permukaan kanta.

NOTA:

Dalam banyak keadaan lengkah-langkah 1-5 adalah mengcukupi, tetapi langkah-langkah 6-8 harus dilakukan jika pembersihan tambahan diperlukan.

* Sediakan satu lagi kertas tisu kanta(langkah 2) sentuh hujungnya dengan sedikit perlarut(Xylene,eter/alkoh atau LOC), kemudian lakukan pembersihan seperti yang diterangkan untuk langkah

* Gunakan tisu yang baru(atau bahagian tiu yang baru)setiap kalai pengelapan dilakukan. Pelarut perlulah digunakan dengan berhati-hati, semasa pengelapan dilakukan, pastikan kayu tidak terlonjak keluar dari tisu dan menyentuh kanta. Jika LOC digunakan untuk pembersihan, selepas itu perlu dibilas dengan alkohol mutlak sebanyak 3 kali.

* Tiupkan (dengan alat peniup) atas permukaan kanta beberapa kali.

* Kanta harus dipasang balaik dan diperiksa. Jika kekotoran masih ada, lakukan pembersihan sekali lagi.

Peringatan:

1. Untuk pembersihan biasa, gunakan hanya wap nafas, iaitu dengan bernafas ke dalam kanta, diikuti dengan pengelapan tisu kanta. Pelarut-pelarut hanya digunakan jikamkekotoran tidak dapat ditanggalkan dengan cara wap nafas tadi.

2. Dalam kebanyakan kanta objektif dan kantamata, kanta-kantanya dipasang atau dilekatkan dangan sejenis simen dan balsam. Jadi semasa pembersihan dengan pelarut-pelarut seperti alkohol.eter dan xylene, ianya perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pelarut-pelarut ini tidak terkena simen atau balsam terlalu lama dan melonggarkan kedudukan kanta-kanta.(satu kanta objektif biasa jenis akromat mungkin mempunyai sehingga 15 kanta yang mana mempunyai kedudukan yang tertentu). Jika tisu yang mengandungi pelarut terkena sempadam kanta(kawasan simen), tisu itu munkin(atau bahagian tisu) tidak seharusnya digunakan lagi. Satu amalan yang baik untuk mengelakkan pebggunaan tisu lebih dari sekali.

3. Semasa pembersihan kantamata(yang biasanya mengandungi 2 set kanta), kanta-kanta mestilah dipastikan supaya tidak tersalah pasang. Amalan yang baik ialah unutk mengeluarkan dan memasang balik kanta-kanta itu satu demi satu.

Masalah-masalah yang munkin dihadapi di dalam penggunaan Mikroskop:

Masalah 1: Pemutar fokus kasar: sangat ketat

Punca: Makanisma gear pergerakan pentas dan sebahagiannya tidak dipasang denga baik.

Penyelesaian : a) Betulkan pemasangan. Dalam kebanyakkan mikroskop ini dapat dibetul kandungan memutarkan kedua-dua pemutar ke arah yang bertentangan.

b) Bersihkan gris yang lama dan sapu gris yang baru.

Masalah 2: Pentas atau tiub menurun sendirir tanpa disentuh (dan menyebabkan fokus spesimen

berubah)

Punca : a) Makanisma pemutar fokus atau pentas tidak dipasang dengan baik.

b) Pelinciran denga minyak yang nipis.

Penyelesaian : Seperti dalam masalah 1

Masalah 3 : Pemutar fokus halus ( pemutar fokus mikrometer) tidak dapat diputarkan.

Punca : Pemutar fokus halus telah sampai ke pusingan akhirnya.

Penyelesaian : a) membawa kantan objektif 10x ke medan cahaya

b) pusingkan pemutar fokus halus supaya ia terletak di dalam pertengahan pusingan sepenuhnya. Sebagai contoh jika jumlah pusingan yang boleh dilakukan ialah 10 letakkannya pada pusingan yang kelima.

c) Mengfokuskan spesimen dengan pemutar fokus kasar.

d) Akhir sekali dengan membawa kanta objektif asalnya dan mengfokus dengan pemutar fokus.

Masalah 4 : Fokus imej berubah terlalu lebih walaupun pemutar fokus halus dipusinag sedikit sahaja. ( khususnya penggunaan kanta objektif rendaman minyak)

Punca : a) Objektif tidak diskru keatas dengan sepenuhnya.

B) Sisip kaca telah terlekat pada kanta objektif ( dengan selapisana minyak)

Penyelesaian : a) Pastikan kanta objektif dipasang ( skru) dengan cermat.

B) Pasangkan slid spesimen keatas pentas dengan ketat.

C) Jangan menggunakan minyak rendaman yang kental.

Masalah 5 : Terdapat imej berbintik atau berkabus

Punca : a) Kekotoran atau gris di atas kanta mata ( boleh dikesan jika bintik-bintik itu turun berpusing sewaktu kanta mata dipusingkan.

B) Kekotoran atau gris di atas kanta objektif

c) Pemcemaran keatas sisip kaca ( bintik-bintik bergerak jika slid spesimen digerakkan)

d) Kekotoran diatas iluminasi

Penyelesaian : Bersihkan mana-mana yang perlu.

Masalah 6 : Bintik-bintik berada di dalam fokus yang jelas. Ia berubah dan hilang jika kondenser di turunkan atau di naikkan.

Punca : a) Kekotoran di atas mentol atau skrin luaran ( diffusing ) di hadapanya, jika illuminasi kritik digunakan.

B) Kekotoran di atas kaca penutup slid pada lampu siap terpasang, ataupun pada kertas turas kaca di atasnya ( jika illuminasi kholer digunakan ).

Penyelesaian : Bersihkan mana yang perlu. Jika kekotoran tidak dapatdihapuskan dengan segera, ubah kondeser sedikit.

Masah 7 : Terdapat imej yang kabur dan tidak dapat di fokuskan dengan jelas.

Punca : a) Rendaman yang salah, iaitu udara digunakan walaupun minyak harus dugunakan atau sebaliknya.

b) Buih dalam minyak rendaman.

c ) Pencemaran lutsinar ( transperent ) di atas kanta objektif hadapan.

d) Sisip kaca terlalu tebal

e) Lapisan media pelekat yang terlalu tebal.

f ) Minyak rendaman yang tertinggal di atas sisip kaca.

g) Slid spesimen terbalik di atas pentas. Kesan-kesan lebih ternyata bagiobjekti-objektik kuasa besar (40x dan 100x )

Penyelesaian : Untuk masalah 7(a) - 7(c) :

Gunakan rendaman yang betul dan bersihkan kantaobjektif jika perlu.

Untuk masalah 7(d) - 7 (e)

Gunakan objektif dengan ‘collar’ pembetulan atau gunakanobjektrif rendaman yang lebih sesuai .

Untuk masalah 7(g)

Balikkan slid dan pastikan label dilekatkan semula di atas permukaan yang betul.

Masalah 8 : Illuminasi terdapat hanya pada sebahagian imej sahaja.

Punca : a) sebahagian daripada pemegang turas kaca biru terdapat pada laluan cahaya.

b) Objektif tidak terletak pada tempat yang betul.

c) Kundesor atua Kondesor tambahan tidak terdapat pada paksi optik.

Penyelesaian : Betulkan kedudukan yang perlu.

Masalah 9 : Illuminasi cahayanya tidak sekata di medan objek ( suatu ) kawasan lebih terang dari kawasan yang lain.

Punca : a) Kedudukan atau sudut (sendeng) cermin tidak betul.

B) Kedudukan kondesor tidak berada di tengah-tengah paksi oktik ( dengan illuminasi genting ).

C) Punca kuasa illuminasi (mentol dsb) tidak sama rata (dengan illuminasi genting).

Penyelesaian: Untuk masalah 9(a) - 9 (b) :

Betulkan kedudukan bahagian yang berkenaan. Untuk masalah 9 (c):

Naikkan atau turunkan sedikit konesor . Kaca tarik naikkan atau turunkan sedikit kondeser. Kaca tarik (kabus ) boleh digunakan di hadapan mentol.

Masalah 10 : Semasa penggunaan kanta objektif rendaman terdapat pembentukan seperti awan menyeberangi medan dan seterusnya spesimen kehilangan fokus.

Punca: a) Buih dalam minyak rendaman.

B) Minyak sedang digunakan di antara spesimen dan kanta objektif yang digunakan itu bukan objektif rendaman.

Penyelesaian: Bersihkan minyak dari spesimen (slid) dan objektif. Sediakan semula slid untuk dilihat di bawah mikroskop.

Masalah 11 : Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di atas imej.

Punca: Kesan daripada pembalikan-pembalikan cahaya (reflection) di kedalaman mikroskop (biasanya berbentuk bulan sabit atau bulatan).

Penyelesaian : Cuba kantamata yang lain serta illuminasi kohier

Gunakan kanta yang bersalut dengan anti-pembalikan cahaya (anti-reflection coating) atau ditukar kanta

objektif-kantamata.

Masalah 12: Terdapat bintik-bintik cahaya yang kurang jelas di

atas imej.

Punca: a) Pencemaran di atas permukaan kanta,

b) Pencemaran di sebelah atas bawah slid,

c) Terdapat udara dalam minyak rendaman di atas kondensor

Penyelesaian: Jika kedudukan pencemaran tidak dapat dikesan,buka diafragma apertur kondensor lebih lebar untuk men gurangkan kesan/pencemaran tersebut.

Friday, January 7, 2011

coklat





smlm bawa coklat DAIM dr langkawi...
satu bungkus bg kat INA, mmg nak sangat dr ari tu lg..
satu lg makan sikit dgn bagi kat kengkawan...
ada lagi satu bungkus kat umah..

apa yg best dgn DAIM nie..entah...tapi mmg ader je yg pesan kalu g sana...
yelah kat kl tak der kan(maybe)

banyak coklat import kat langkawi tu...
tak tahu nak pilih maner satu...rambang mata
tp yg tak tahan ble tanya kat salegirl



"dik..coklat nie sedap tak"
"biasa je .." terus berlalu dgn muka masam...

tahu lah penat ( time tu dah malam pun...nk dkt tutup kedai pun)
sabar je lah..

apa lagi!!!!!!!!!

apa lagi yang tak puas ati...
damn....kau sendiri pijak kepala aku
aku diamkan je...
sape yg wat sape skrg.............

mcm sia2 je hidup kau buat...
mcm aku nie tak der je ... ble bercakap, bercerita ...respon kau tu sepi........
aku nak kau bg respon je......senyum pun ok....tanda kau dgr........nie apa yg aku dpt hanya masam macm cuka je muka tu........

kau wat life aku suck......
ble berjalan ... mcm aku nie tak wujud...asik nak dulu je... aku dah tegur tp sama jgk...dr dulu smpi skrg....kau kejar ape....ader emas ke...harta karun kat depan kau yg perlu kau kutip....
kutiplh....yg belakang gerenti tercicir....

kalu kau rasa org lain is better than me....ok fine.....
silakan...teruskan....tp ingat jgn menyesal nnt.......
dah banyak kali aku bagi peluang kat kau.....dah banyak kali aku maafkan kau....aku sabar dengan kau.......sentiasa fikirkan yg baik2...tak syak buruk pasal kau tp aku....kau fikir yg aku nie macam perempuan murah...

aku cantikkan diri untuk kau, melawa utk kau ....supaya kau dapat pujian....
tp apa yg aku dapat....senyum sinis kau dgn muka masam kau....
aku yg kena tanya pada kau...lawa tak? kau hanya angguk je tanpa bersuara............KAU BISU KE,TULI KE ATAU BUTA ?

aku penat....sakit ati.... makan ati pasal kau
SEMUA NYER pasal KAU........

BOSANNNNNNNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, January 1, 2011

journey to LANGKAWI

LANGKAWI

cewah...mcm nak tulis journal perjalanan plak
well....untuk makluman je
sape yg nak save budget holiday for 2 people...mungkin ader yg dapat price lg murah kan...

utk 3 ari 2mlm

tiket bas dari KL(Hentian Duta) ke Kuala Perlis sorg RM 49(x2)
tiket feri ke LANGKAWI RM 18(x2)
Transport....kami pilih KANCIL (RM60 sehari x3)
Penginapan....RM75x3 (Hotel itu kat Pantai Cenang...betul2 sebelah UNDERWATER WORLD LANGKAWI) check in kul 2

jejalan.....

Makam MAHSURI/ KOTA MAHSURI tiket harga RM5 seorg
MARDI ARGO PARK tiket harga RM 15 seorg...tak masuk sebab buah tak der byr pun rugi(save duit)...BULAN 5 nnt baru banyak buah...so reramai nnt kiter g

MAKAN2
breakfast ...dkt dgn tmpt penginapan.....
tengah hari makan nasi ayam kat RESTORAN HAJI YA (KUAH) RM 8.70 (2org)
makan malam di Restoran HJ.Ramlee.....seafood...hanya RM 45.70 ( nasi putih(2),tomyam campur, ikan pari bakar, udang sambal, kailan ikan masin, milo panas, teh o ais limau dgn air kosong)

berbaloi2.... itu br ari pertama...................

ari kedua....aktiviti island hoping (RM 25 sorg)
g maner agaknye.... perjalanan ambik masa 4 jam keseluruhan
Pulau Dayang Bunting(1jam)....situ ada tasik dayang bunting....cite pasal puteri bunian yg mengandung
situ ...mmg banyak monyet so tak digalakkan bawa plastik bag sebab dia main rampas je...lapar..atau dah mmg biasa begitu.....
untuk yg inginkan anak...bole mandi kat tasik tu tp tu hanya mitos (org langkawi sendiri yg cakap) Hanya ALLAH yg tentukan... =)
Pulau Singa Besar(45mnt)...sini bole tgk helang.... (feeding the eagle)...mmg banyak helang kat sini...makanan nye kulit ayam.....
Pulau Beras Basah(1jam)....pantai bersih dan putih...best mandi kat sini....ader jgk aktiviti lain mcm parasailing...best tgk org putih terbang...banana boat....sementara kitaorg mandi, abg boat memancing..rupanya byk jgk ikan...dan ikan2 nie lapar sungguh...bg makan roti..berebut...

balik semula ke hotel.....dah kul 1 lebih..mandi2 dan g makan kat Restoran Hj. Jelani2...betul2 kat simpang nak masuk ke Pantai Cenang...Sedap jgk...harga dalam RM 12...

next
Langkawi Cable Car ......Harga Rm 30...tunjuk MYKAD dapat RM 15 sahaja...UNTUNG nyer jadi RAKYAT MALAYSIA....
masa dlm cable car bole tgk telaga tujuh(waterfall) dgn island horse....
stesen atas sekali....700mtr dr paras laut....semua bole nmpk....sejuk je mata memandang...

turun ke stesen tgh....kat sini ada jambatan gantung....ape lg...jalan lh....
cik abg gayat...hehehe ingat tak gayat dah keja tmpt tinggi....rupanye gayat lg...terketar kaki nak jln atas jmbtn tu...pening lalat...siap berpeluh jgk lh.....

sempat jgk singgah kat Berjaya Hotels & Resort....nak jgk tgk besar ke tak
ronda2 lagi smpi AIR HANGAT...disebabkan br je diubahsuai.....




singgah kat tanjung rhu beach...kat sini leh berjalan smpi ke seberang....

mlm...g cari coklat.....

esoknyer balik kl.......................................

~end~