"Kalu kita sukakan seseorg, jgn beritahu si dia. Nanti ALLAH kurangkan rasa cinta padanya dan ALLAH takkan bagi.Tapi luahkan pada ALLAH, beritahu ALLAH. ALLLAH mahu tahu jodoh kita siapa.Dan siapa dia, siapa kita"

Friday, March 2, 2012

oreo chesse cake....nyum...nyum

salam... malam td punya lah rajin nak wat kek.... OREO CHESSE CAKE....
entah jadi ker tak....

nie dia resepi CHILL OREO CHESSE CAKE

BAHAN A :

50 g butter/ mentenga
2 paket oreo- asingkan krim (ASINGKAN 7 kpg oreo utk isi dalam kek dan hiasan)
1 sudu besar gula perang

BAHAN B:

250g cream cheese
100ml whipping cream
80ml susu segar
1/2 cawan gula
1 sudu besar gelatin + 40ml air panas
krim oreo
3 keping oreo
4 keping oreo utk hiasan atas kek

CARA2:

Utk Base/ kerak kek:

1. Oreo dihancurkan.....dah hancur gaul dgn gula perang
2. Butter itu dicairkan dan bila suam2/sejuk sikit bole gaul dgn oreo dan gula perang td.... gaul sebati sehingga boleh dikepal
3. isi dalam bekas dan tekan sehingga rata dan simpan dalam peti sejuk selama 5-10 minit.....

Utk kek :

BAHAN B .....Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik sebelum mengadunnya menggunakan mixer. Sekiranya cream chesse masih sejuk & terus diadun dengan mixer,hasil adunan akan menjadi berketul2 dan tidak licin.

semua nya masuk dalam mixer.... pastikan semua sebati..... larutkan gelatin dgn air panas dahulu supaya x berketul di dlm bancuhan....

dah semua sebati...keluarkan bekas isi base dr peti sejuk dan isikan bancuhan kek td....letakkan 4 keping oreo di atas dan tutup dgn aluminium foil dan masukkan semula dalam peti sejuk utk semalaman......


SELAMAT MENCUBA......