kaedah2 menuju BAHAGIA....
1# ketahuilah bahawa jika anda tidak hidup dalam batasan hari ini, tentu fikiran anda akan melayang ke mana-mana. Seterusnya, semua urusan menjadi kacau bilau serta kecemasan dan kedukaan akan menjadi lebih banyak. Inilah makna sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam :
Bila engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datannya petang hari
5# beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia
6# Barangsiapa menginginkan ketenangan, ketenteraman dan kesenangan, maka berzikirlah kepada Allah
9# persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk
10#kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya utk diri anda
12# Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah
13#percayalah bahawa apa yang anda miliki jauh lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain
14#dari semasa ke semasa selalu sahaja ada jalan keluar
15#dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa
16#musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati
17# sesungguhnya dalam setiap kesulitan terdapat kemudahan
18# jangan hancurkan hidup anda hanya kerana perkara-perkara yang remeh
19# sesungguhnya Tuhan kamu itu Maha Luas keampunanNya
20#jangan marah, jangan marah, jangan marah!
21#janganlah risau hanya kerana tidak mempunyai harta dunia, sebab kehidupan ini tidak lebih hanya sekadar sepotong roti, seteguk air, dan bayangan
22#(Dan, di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu). (Adz-Dzariyat:22)
23# kebanyakan dari apa yang anda takutkan tidak akan berlaku
24# pada orang-orang yang tertimpa musibah itu ada suri teladan
25# sesungguhnya jika Allah mencintai suatu kaum, makan Dia akan memberikan cubaan atas mereka
26# ulangilah doa-doa untuk menghapuskan bencana
27# anda perlu melakukan kebaikan dan menghasilkannya dan tinggalkanlah kekosongan atau pengangguran
28# tinggalkan semua desus-desus dan jangan percaya kepada khabar angin
29# kedengkian dan keinginan anda yang kuat untuk membalas dendam itu hanya akan membahayakan kesihatan anda sendiri, lebih besar daripada bahaya yang akan menimpa pihak lawan
30# setiap musibah yang menimpa diri anda adalah penghapus dosa...
#petikan drpd buku JANGAN BERSEDIH
No comments:
Post a Comment