"Kalu kita sukakan seseorg, jgn beritahu si dia. Nanti ALLAH kurangkan rasa cinta padanya dan ALLAH takkan bagi.Tapi luahkan pada ALLAH, beritahu ALLAH. ALLLAH mahu tahu jodoh kita siapa.Dan siapa dia, siapa kita"

Tuesday, February 8, 2011

INGIN KURUS - 12 jenis slimming food


Mudahnya berdiet jika kenal makanan yang mampu membantu anda mencapai matlamat itu..........


1.Buah-buahan dalam kategori 'melons'
  • semua buah-buahan dalam kategori ini adalah seperti tembikai, tembikai kuning dan tembikai susu adalah di antara buah yang sesuai dimakan sewaktu cuaca panas. Selain baik untuk diet kerana kaya serat ,buah ini juga mempunyai kandungan air yang tinggi. Ia membantu membuatkan anda terasa segar dan membantu kulit sentiasa lembap. Kandungan vitaminnya yang pelbagai juga baik untuk kecantikan kulit.
2.Oren
  • Buah Oren sangat tinggi kandungan vitamin C dan flavanoid yang membantu mempertingkatkan pembakaran lemak dalam tubuh. Mulakan hari anda dengan segelas jus oren segar (tanpa tambahan gula) untuk khasiat yang diperlukan. Selain diminum dalam bentuk jus, anda juga boleh tambahkan hirisan oren ke dalam hidangan salad anda.
3. Pic
  • Buah Pic adalah buah yang sangat variasi kerana selain boleh dibuat jus ,ia juga boleh dinikmati sbg hidangan manisan atau dimakan segar. Anda jg bole memasukkan perahan pati pic ke dalam masakan ayam atau salad anda. Taburkan dengan herba kesukaan anda dan juga sedikit madu. Boleh dinikmati sebagai hidangan tengah hari.
4. Pir
  • Ia kaya dengan serat dan kandungan air, sesuai dijadikan hidangan harian mereka yang berdiet. Ini kerana selain membantu anda langsing, kandungan airnya juga baik untuk kelembapan kulit. Kandungan seratnya pula dapat memberikan anda rasa kenyang yang lebih lama.
5. Buahan Beri
  • Beri biru, raspberi, dan strawberi adalah buah yang perluada jika anda sedang berdiet. Kesemuanya sangat tinggi kandungan antioksidan dan vitamin C yang akan membantu mempercepatkan penurunan berat badan seterusnya mencegah penuaan awal dan menghalang masalah kulit yang lain.
6. Kubis
  • Tahukan anda bahawa kubis adalah sayur yang paling efektif untuk membantu penurunan berat badan? Ini kerana ia mempunyai kandungan kalori yang sangat rendah tetapi tinggi serat. Serat membantu melancarkan sistem penghadaman. Justeru,jadikan kubis sebagai hidangan harian agar anda merasa kenyang tanpa penambahan kalori yang berlebihan.
7. Timun
  • Timun adalah sayuran segar rendah kalori yang paling mudah dinikmati saat berdiet. Ia juga mempunyai sifat 'penyejuk' yang baik untuk badan kala cuaca panas. Anda bole nikmatinya begitu sahaja sebagai ulam atau tambahkan ia bersama kekacang untuk dijadikan salad.
8. Lobak Merah
  • Lobak merah bole dijadikan sup, salad, jus ataupun manisan. Biasakan diri anda untuk menikmati semangkuk sup lobak merah sebelum hidangan utama bagi membantu menimbulkan rasa kenyang. Ia akan membantu anda mengurangkan jumlah pengambilan makanan dalam hidangan utama. Selain itu, lobak merah juga kaya dengan vitamin A yang baik untuk kesihatan mata.
9. Brokoli
  • Brokoli mengandungi pelbagai jenis vitamin dan sangat tinggi kandungan vitamin K dan juga kalsium. Ia juga kaya dengan kandungan serat dan antioksidan. Kesemua nutrisi ini membantu tubuh dari terdedah kepada risiko bahan radikal bebas yang banyak terdapat di sekeliling kita.
10. Zucchini

  • Ia tergolong dalam kelompok sayuran seperti timun malah sangat rendah kandungan kalorinya. Pakar nutrisi menyatakan bahawa meskipun kalorinya rendah namun tubuh memerlukan kalori yang lebih untuk menghadamkan zucchini yang dimakan. Secara tidak langsung, ia membantu penurunan berat badan secara sihat.
11. Yogurt
  • Yogurt wajib anda jadikan snek ringan ketika berdiet. Makanan rendah kalori dan tinggi nutrisi ini sangat mengenyangkan jika dinikmati. Ia juga tinggi kandungan kalsium yang baik untuk tulang dan penurunan berat badan.
12. Jus Lemon
  • Dua gelas jus lemon segar bersama satu sudu kecil madu setiap awal pagi dan malam dapat membantu proses diet anda menjadi lebih efektif. Ia membantu membakar lemak serta membantu meremajakan kulit dari dalam

PETIKAN DARI MAJALAH RAPI 2010