"Kalu kita sukakan seseorg, jgn beritahu si dia. Nanti ALLAH kurangkan rasa cinta padanya dan ALLAH takkan bagi.Tapi luahkan pada ALLAH, beritahu ALLAH. ALLLAH mahu tahu jodoh kita siapa.Dan siapa dia, siapa kita"

Tuesday, February 8, 2011

SEKILAS..........CANTIK

  • PASTIKAN anda amalkan rutin menyegar dan melembap sebelum proses solekan dimulakan. Sebaiknya pelembap diratakan ke seluruh wajah 20 minit sebelum solekan dimulakan.
  • APABILA mecalitkan bedak asas pada wajah, pastikan anda menggunakan asas yang lebih cerah tonanya di seluruh Zon-T.
  • BAGI MEREKA YANG BERKULIT GELAP atau sawo matang, hati-hati bermain dengan warna pembayang mata dan pipi. Bagi mewujudkan refleksi cerah pada wajah, bermainlah dgn warna jingga.
  • JIKA WAJAH anda kelihatan berminyak selepas bersolek, ini bermakna bedak asas yang anda pilih tidak bersesuaian dengan kulit wajah anda.
  • CELAK ATAU PENSIL MATA juga penting untuk membentuk mata yang lebih bulat dan galak. Selain hitam, mata akan kelihatan lebih daring dengan warna garang dan klasik seperti coklat dan jingga.
  • PASTIKAN anda menggunakan pembayang mata warna dasar yang lembut seperti warna krim. Mainan warna-warna gelap dan garang pula lebih sesuai dilakukan di bahagian atas kelopak mata.
  • SEBELUM MEMILIH PEMBAYANG MATA, oleskan ia ke bahagian belakang telapak tangan kanan. Ia kerana warna kulit di sekitar bahagian tersebut adalah paling hampir dengan warna kulit di kelopak bahagian mata.
  • SOLEKAN MATA tidak akan lengkap tanpa maskara. Bagi mendapatkan lentikan bulu mata, anda dinasihatkan mengggunakan 'eye curler' terlebih dahulu.
  • BIBIR akan kelihatan lebih padat dan seksi jika penggaris bibir digunakan bagi melukis bentuk bibir.
  • JIKA ANDA IMPIKAN BENTUK BIBIR YANG SEKSI dan lembut, gunakan penggaris bibir dari warna lebih lembut dari gincu anda.
  • JIKA KULIT WAJAH ANDA dari jenis yang berminyak, elak menggunakan alat solek berasaskan minyak atau krim. Pilih alat solek dari jenis 'water base foundation' yang dibalas dengan 'pressed powder' dan bedak debu.
  • JANGAN SESEKALI memadankan warna solekan dengan warna baju. Pilihlah warna solekan yang bersesuaian dengan warna kulit anda.
  • SEBELUM GINCU DIOLES PADA BIBIR ANDA, pastikan anda menyapu pelembap bibir untuk mengelak bibir dari kering.
  • SEBELUM TIDUR, gunakan pelembap yang mengandung AHA (alpha Hidroxy Acid) serta enzim 'Super Superoxide Dismutase'.Pelembap ini berfungsi untuk melindungi kulit dari'dehidrasi'sekaligus menghaluskanya.
petikan dari MAJALAH RAPI 2010

No comments: